• Info1
  • Info 2
  • Info 3
  • Info 5
News image

Adik Dzul Hafiz yang menyumbangkan emas bagi acara 400 m kategori Lelaki 15 Tahun Ke bawah sempena kejohanan MSSD Kota Kinabalu di Stadium Kompleks Sukan Likas.

News image

Adik Siti Munirah Ibrahim, Pelajar terbaik SPM 2008 dengan mendapat 12 A. Warga Maktab Sabah mengucapkan tahniah dan syabas, kekalkan kecemerlangan untuk hari-hari mendatang.

News image

News image


Sebahagian kontinjen Maktab Sabah yang menjayakan sukan MSSD Kota Kinabalu di Stadium Kompleks Sukan Likas ... read more

Puan Pengetua menyerahkan ikrar kepada Dr. Mohd Kassim Mohd Ibrahim, Pegawai Pelajaran Gabungan KK ... read more

Sebahagian guru-guru Maktab Sabah yang bertugas sebagai pengurus, jurulatih dan pegawai teknikal di kejohanan MSSD Kota Kinabalu di Stadium Kompleks Sukan Likas. ... read more

Staf Maktab Sabah membaca ikrar Bai'ah sebagai tanda sokongan ke arah sekolah cemerlang. ... read more

Atlet 4 x 100m Maktab Sabah yang menyumbangkan pingat emas di kejohanan MSSD Kota Kinabalu. ... read more

Home Berita KHASIAT BUAH PISANG
KHASIAT BUAH PISANG PDF Print E-mail

JANGAN sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang yang mengandungi 3 jenis gula semulajadi “sukrosa, fruktosa dan glukosa” yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek  Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, ”Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

 

Sumber : sabahkini.net

 

 Bacaan Yassin Mingguan


 

 

Tahniah & Syabas

Pelajar Terbaik PMR 2009

WAN NUR IZZIE WAN RUSLAM
MOHD HADZIQ MOHD ZAFARI
NABIHAH NISSANTO
NORAIN JAINE
MERLELA MADSAH
NUR SOFEA EZZATY MADZZAINI
SHAZLEEN SHAFINAZ AHMAD
MUNIRA RAINUL
DATU AZRI MOHAMMED
JEFFERSON JERRY CHON HING
SITI HAJAR KAMARIAH MOHAMED HUSIN
MALEK FAISAL MUSTAFFA KAMAL
MOHD SOPHIAN MOHD KASIHMUDDIN
FATIN AQILAH AMRAN
NADHIRAH ABDUL RAZAK
SUZILA MUKTAR
 

Musli Andalan,
Kauselor Sekolah. 

 Rainul Rauf

Ustaz Radzi

Rashid (ex Maktab)
Hillary

Panitia Pen. Islam

Datin Dewil Fikri


Panitia Bahasa Arab
Ustaz Norazamudin

En. Hussen Maineh
Matematik Tambahan

Pn. Juliah Matnor
Guru Bahasa Melayu

Pn Lim

Ketua Panitia Sains

Ustaz Amili

Pendidikan Islam

Hajah Norhanifah

Kimia

Cikgu Charles
Sains

Sponsored Links

Malaysia Hosting MERCUMAYA.NET

 

Statistik Pelawat

072766
Hari IniHari Ini182
SemalamSemalam184
Minggu IniMinggu Ini553
Bulan IniBulan Ini1790
KeseluruhanKeseluruhan72766

Blog Rujukan Agama


Iklan I : Hosting Pilihan Anda

Iklan II: Web Developer

MCdN

Iklan III