Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1431 H PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 06 September 2010 01:06

Seluruh team maktabsabah.net mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri yang akan menjelang tiba. Di kesempatan di bulan puasa yang mulia ini dan ketibaan hari bahagia hari raya, kami menghulur sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada seluruh warga Perdana Maktab Sabah dan juga kepada seluruh pengunjung laman sesawang ini.

Andai kata terdapat silap dan salah yang kami sedari ataupun tidak kami mohon di maafkan. Tidak lupa juga sekiranya terdapat artikel atau kandungan laman sesawang ini yang tidak menyenangkan anda semua mohon di maafkan..

Selamat bercuti dan selamat balik kampung, berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang.

 

Ikhlas Dari Admin


Last Updated on Monday, 06 September 2010 01:07
 
Majlis Ihya' Ramadhan PDF Print E-mail
Written by Pengurus Web   
Thursday, 19 August 2010 05:24

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, PIBG Maktab Sabah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada pelajar-pelajar Maktab Sabah yang terpilih.

Majlis ini akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 24 Ogos 2010
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Dewan Perdana Maktab Sabah

Majlis ini akan dirasmikan oleh,Y.B. Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Dun.

 


 

Last Updated on Tuesday, 24 August 2010 00:43
 
PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM PDF Print E-mail
Written by Pengurus Web   
Wednesday, 18 August 2010 03:09

 

Kepada
Semua Ibu Bapa Pelajar
Kota Kinabalu
Tarikh : 17 Ogos 2010

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Adalah dimaklumkan, Peperiksaan Excel 2/2010 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 bermula dari 16 Ogos 2010 hingga 27 Ogos 2010, diikuti cuti Pertengahan Semester 2 dan cuti ganti Hari Raya sehingga 17 September 2010

3.  Sehubungan dengan itu, aktiviti kokurikulum di tangguhkan dan akan hanya bermula pada 22 September 2010. Perjumpaan kokurikulum seterusnya adalah mengikut takwim yang dilampirkan bersama-sama surat ini.

4.  Perhatian dan kerjasama Datuk/Datin/Tuan/Puan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

PUAN HAJAH NUINDA BINTI HAJI ALIAS
Pengetua
Maktab Sabah, Kota Kinabalu

 


 

Last Updated on Wednesday, 18 August 2010 03:17
 

 

 

 

 

 

 

 


 

 
Selamat Menduduki Ujian Setara 2, 2010 PDF Print E-mail
Written by Unit Peperiksaan Dalaman, Maktab Sabah   
Wednesday, 04 August 2010 23:20

Seluruh warga pendidik Maktab Sabah mengucapkan selamat menduduki Ujian Setara 2 dan Peperiksaan Excel kepada pelajar-pelajar Maktab Sabah. Berikut adalah maklumat-maklumat tarikh-tarikh ujian.

Tingkatan 1, 2, 3, 4, dan Pra-U Rendah : 2 - 6 Ogos 2010.

Tingkatan 5 : 13 - 27 Ogos 2010. (Peperiksaan Excel)

Tingkatan Pra-U Atas : 18 - 27 Ogos 2010

Dengan iringan doa dari seluruh warga pendidik, semoga pelajar-pelajar dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan cemerlang.

 


 

Last Updated on Wednesday, 04 August 2010 23:37
 
Tahniah ! Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 PDF Print E-mail
Written by admin   
Wednesday, 28 July 2010 13:29

Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan tahniah kepada 7 orang guru Maktab Sabah yang telah mencapai perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2009. Mereka telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Sa'adah Wisma MUIS Kota Kinabalu pada 27 Julai 2010 [Selasa]. Semoga dengan anugerah ini, akan menjadi motivasi untuk meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan dalam bidang perguruan dan akan membantu Maktab Sabah untuk mencapai prestasi sekolah cemerlang.


Tahniah kepada, En. Syrence Ignatius John, En. Hilary John Baptist Gabando, Ustaz Amili Abd Razak dan En. Muhammad (KTBM)


Tahniah kepada Cik Cindy Soh Suk Phing, Pn. Siti Norkiah Ramin, Pn. Sharipah Hamzah dan Cik Dalvindar Kaur

 


 

Last Updated on Thursday, 19 August 2010 09:35
 
Kem Waja Perdana Maktab Sabah, 2010 PDF Print E-mail
Written by AJK Fotografi   
Thursday, 22 July 2010 10:34

Perkhemahan Unit Beruniform Maktab Sabah atau di kenali sebagai Kem Waja Perdana merupakan satu aktiviti tahunan Maktab Sabah dalam usaha mengumpulkan semua pasukan beruniform dalam satu keluarga yang besar.

Antara objektif program kem waja perdana adalah seperti berikut :

  1. Mendedahkan pelajar dengan kehidupan berdikari melalui perkhemahan
  2. Meningkatkan kemahiran bersosial dan berkomunikasi
  3. Merapatkan hubungan kerjasama antara pelajar guru-guru ke arah kemajuan diri dan sekolah.
  4. Mendedahkan kemahiran pengurusan aktiviti kokurikulum kepada AJK pelajar yang bertindak sebagai urusetia / fisilitator sepanjang perkhemahan.
  5. Meningkatkan motivasi pelajar untuk kecemerlangan dalam akademik setelah menyedari wujudnya persaingan mencapai kejayaan.

Kem Waja Perdana ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23, 24 dan 25 Julai 2010
Masa : 23 Julai [Bermula jam 2.00 Petang] dan 25 Julai [Tamat 11.30 Pagi]
Tempat : Maktab Sabah, Kota Kinabalu.

Program ini akan dirasmikan oleh Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah.

Sebarang pertanyaan atau kemuskilan boleh berhubung dengan Penyelaras Program En. Abdul Mutalib Pie atau Pengarah Program merangkap Kem Komandan Cik Juanita Surilla Stimol.


 

 
SURAT SIARAN : MAKLUMAN HARI PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI TAHUN 2010 PDF Print E-mail
Written by Pengurus Web   
Monday, 05 July 2010 23:59

Ibubapa/Penjaga
Maktab Sabah
Kota Kinabalu

Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN HARI PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI TAHUN 2010

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

02. Untuk makluman Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan, Maktab Sabah akan melaksanakan hari persekolahan gantian mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu) - Jadual Hari Khamis

03. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan memastikan anak/jagaan masing-masing agar hadir ke sekolah seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

04. Perhatian dan kerjasama Tan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

PUAN HAJAH NUINDA BINTI HAJI ALIAS
Pengetua, Maktab Sabah
Kota Kinabalu.


 

 
SURAT SIARAN : PENYERAHAN SIJIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010 PDF Print E-mail
Written by Pengurus Web   
Wednesday, 30 June 2010 05:18

Ibubapa/Penjaga Pelajar
Maktab Sabah
Kota Kinabalu

Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan

PENYERAHAN SIJIL KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

02. Dimaklumkan bahawa Sijil Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 akan diserahkan kepada ibu bapa mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Julai 2010
Masa   : 8.00 - 12.30 tengahari
Tempat : Kelas masing-masing

03. Sehubungan dewngan itu, Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan, dijemput hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas dan berbincang mengenai perkembangan prestasi anak-anak/jagaan pada masa yang telah ditetapkan.

04. Sila berhubung dengan guru-guru kelas anak-anak Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menetapkan temujanji pada hari lain yang sesuai bagi kedua-dua pihak, sekiranya Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan tidak dapat hadir pada hari yang telah ditetapkan di atas.

05. Perhatian dan kerjasama Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan, amat dihargai demi kecemerlangan anak-anak dan Maktab Sabah.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah

PUAN HAJAH NUINDA BINTI HAJI ALIAS
Pengetua, Maktab Sabah.


 
Kembara Pintar Kinabalu SMK Pasir Putih, Pasir Gudang Johor PDF Print E-mail
Written by Pengurus Web   
Wednesday, 30 June 2010 00:51

Pada 29 Jun 2010, sekali lagi Maktab Sabah telah dikunjungi oleh rombongan guru-guru dan pelajar-pelajar cemarlang PMR SMK Pasir Putih, Pasir Gudang Johor. Kunjungan ini merupakan perkongsian ilmu antara kedua-dua sekolah.

Barisan pelajar-pelajar cemerlang PMR 2009 merakamkan gambar bersama kaunselor sekolah, semasa menyambut ketibaan rombongan SMK Pasir Putih


Barisan pengawas sekolah yang menjayakan sambutan Kembara Pintar Kinabalu SMK Pasir Putih, Pasir Gudang Johor ke Maktab Sabah.

Rombongan SMK Pasir Putih seramai 9 orang guru dan 20 orang pelajar, yang diketuai sendiri oleh Pengetuanya iaitu Puan Azizah Binti Salleh.


Last Updated on Thursday, 22 July 2010 10:37
 
"Satu Rumpun, Satu Bahasa " : Sabah College & Yishun Junior College Singapore PDF Print E-mail
Written by Pengurus Web   
Monday, 21 June 2010 02:59

Welcome , Selamat Datang ke Maktab Sabah


Seluruh warga Maktab Sabah mengucapkan selamat datang ke pada rombongan guru-guru dan pelajar Yishun Junior College Singapore. Lawatan persahabatan yang bertemakan "Satu Rumpun, Satu Bahasa" merupakan perkongsian pintar antara guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah masing-masing.

Lawatan persahabatan ini diadakan selama dua hari iaitu 21 - 22 Jun 2010 dan keseluruhan aktiviti berlangsung di Maktab Sabah.

Tentatif Program Lawatan Persahabatan

21 Jun 2010 (Isnin)
8.00  : Menyambut ketibaan rombongan Yishun Junior College
8.10  : Ucapan alu-aluan, Pengetua Maktab Sabah, Puan Hajah Nuinda Binti Alias
Ucapan wakil Yishun Junior College
8.30  : Pengenalan tentang Maktab Sabah
Pengenalan tentang Yishun Junior College
9.00  : Perkongsian maklumat
* Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Maktab Sabah)
* Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu (Maktab Sabah)
* Mata Pelajaran Bahasa (Yishun Junior College)
* Mata Pelajaran Sastera (Yishun Junior College)
10.00  : Jamuan ringan
10.10  : Bengkel puisi dan lagu (Pantun & Sajak)



22 Jun 2010 (Selasa)
8.00  : Persembahan sambut tamu
8.20  : Persembahan daripada bengkel puisi dan lagu
10.20  : Acara penutupan
: Jamuan ringan


 

Last Updated on Thursday, 22 July 2010 10:39
 
More Articles...
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 1 of 5