|
Sejarah Sekolah Maktab Sabah merupakan sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah. Telah dikenali sebagai Goverment Secondary School (Technical) pada masa penubuhannya pada 16 Januari 1957. Nama asal ini telah ditukarkan kepada Sabah College ( Maktab Sabah ) pada tahun 1961 atas cadangan Ketua Menteri pada masa itu, Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun. Pemangku pengetua yang mengendalikan pentadbiran sekolah ialah Mr. Buckley. Pada tahun yang sama, Mr. Geoffrey Clark telah dilantik menjadi pengetua pertam sekolah ini. Diakhir tahun 1957, "Sekolah Kajang" itu telah dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak bangunan Sekretariat yang ada sekarang ini. Pada tahun 1958 kelas Tingkatan Enam telah diperkenalkan dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang amat terbatas pada ketika itu. Pada tahun 1960, Maktab Sabah telah berpindah ke bangunan barunya. Dengan adanya bangunan ini telah membolehkan Maktab Sabah terus berkembang dan menjadi salah sebuah sekolah menengah yang terpenting di Negeri Sabah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Disebabkan pembinaan Lebuhraya Sembulan - Penempang pada tahun 2000, sebahagian daripada bangunan asal telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu bangunan yang ada sekarang. Kini Maktab Sabah mempunyai empat blok bangunan baru, dua blok bangunan lama dan satu blok bangunan bilik guru lama yang telah diubahsuai menjadi kelas mata pelajaran Produksi Multimedia (MPV).
Pada 16 Januari 2007, Maktab Sabah telah menyambut Jubli Emas, sambutan 50 tahun penubuhannya. Maktab Sabah kini mempunyai hampir 1408 orang pelajar dan 82 orang guru serta 20 orang kakitangan bukan mengajar (KTBM). Selain bangunan baru Maktab Sabah juga mempunyai sebuah dewan serta sekolah ini delengkapi dengan prasana ICT termasuk Local Are Network (LAN). Maktab Sabah juga merupakan sekolah harian berasrama. Kawasan asrama Maktab Sabah yang mempunyai keluasan 6.7 ekar mempunyai empat blok asrama iaitu Blok Gaya, Blok Colony/Sabah, Blok Dapur dan Blok Charter. Pada ketika ini asrama telah duduki oleh seramai 150 orang pelajar pelbagai latar belakang. |
| Pendaftaran Pelajar |
| eJadual Waktu |
| eAduan/Cadangan |
| Peperiksaan |
| Informasi Kokurikulum |
| Wira-Wira Maktab Sabah |
Pelajar Terbaik PMR 2009 |
| WAN NUR IZZIE WAN RUSLAM MOHD HADZIQ MOHD ZAFARI NABIHAH NISSANTO NORAIN JAINE MERLELA MADSAH NUR SOFEA EZZATY MADZZAINI SHAZLEEN SHAFINAZ AHMAD MUNIRA RAINUL DATU AZRI MOHAMMED JEFFERSON JERRY CHON HING SITI HAJAR KAMARIAH MOHAMED HUSIN MALEK FAISAL MUSTAFFA KAMAL MOHD SOPHIAN MOHD KASIHMUDDIN FATIN AQILAH AMRAN NADHIRAH ABDUL RAZAK SUZILA MUKTAR |






![]() | Hari Ini | 4 |
![]() | Semalam | 266 |
![]() | Minggu Ini | 852 |
![]() | Bulan Ini | 2089 |
![]() | Keseluruhan | 73065 |